BANNER

Thursday, September 25, 2008

setting avira

ari ni aku cuba bagi penerangan tentang setting..sebab da banyak sangat post ceritera..aku nak wat lak post technical support..ne yg mampu aku terangkan aku cuba sedaya upaya aku..ok..roll out!!!


step-by-step....


memula skali g ke bahagian configuration (dlm bulatan di dlm gambar di bawah)..


Photobucket



kemudian, setelah sudah masuk ke bahagian setting, g ke klik di bahagian expert mode (dlm bulatan)..pastu klik kat all files di bahagian files (dlm bulatan)..pastu g klik semo tempat kosong di bahagian additional settings (dlm bulatan)


Photobucket


Photobucket



pastu g bahagian action for concerning files dan klik pada automatic (dlm bulatan)..pastu gi primary action pilih delete (dlm bulatan)


Photobucket


Photobucket



di bahagian further action, tu terpulang pada user samada nak enable or disable sound alert..maknanya kalo enable bila avira detect virus akan kuar sound..tapi kalo disable takkan kuar sound..tu je


Photobucket


Photobucket



di bahagian archive tu klik semo setting (dlm bulatan)


Photobucket


Photobucket


sumbangan ini di berikan oleh bob...dak networking kat uniKL

Thursday, September 11, 2008

BERGURAU...menipu

aku bukan alim ulama...dan seorang manusia biasa...
aku coretan ini sebagai peringatan kepada diri aku...
bergurau biarlah bertempat....
bergurau biarlah ada masa..
bergurau biarlah ada batasa nye..
bergurau jangan sampai mengaibkan seseorg..
bergurau jangan sampai hati terluka..
bergurau jangan sampai kita berbohong..
menipu boleh merosakkan diri..
menipu memecah belahkan masyarakat..
menipu antara dosa...
menipu merosakkan kepercyaan kawan2 terhadap kita..

p/s:walaupun sembahyang lima waktu sehari semalam tapi kita menipu rosak juga amalan kita..

Tuesday, September 9, 2008

Malaysia mahu iktiraf homoseks?

Apakah maksudnya menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen berkata bahawa golongan homoseksual boleh menerima bantuan kerajaan sekiranya syarat dipenuhi.

Kenyatan beliau ini jelas mengelirukan dan mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia. Sewajarnya beliau lebih peka dan menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia secara amnya.

Adakah golongan yang tidak diiktiraf ini telah diiktiraf kedudukanya di Malaysia?

Masalah perlakuan hubungan songsang ini adalah satu penyakit yang perlu diubati dan dicegah penularannya di Malaysia.

Malaysia yang mempunyai prinsip rukun negaranya - antaranya, kepercayaan kepada Tuhan dan kesopanan dan kesusilaan.

Malahan perlakuan ini tidak diikitraf oleh Kristian dan Islam. Tahun 1975, Vatikan mengeluarkan keputusan bertajuk The Vatican Declaration on Sexual Ethics.

Isinya, antara lain, menegaskan: "It (Scripture) does attest to the fact that homosexual acts are intrinsically disordered and can in no case be approved of."

Dalam Pidato Paus Benediktus XVI pada malam Tahun Baru 2006, sekali lagi beliau menegaskan perbuatan homoseksual adalah terkutuk.

Dalam hal ini, perlu kita membetulkan sikap kita kepada perilaku Homoseksual ini. Sikap yang patut kita ambil ialah bukannya menjadikan mereka ini musuh. Tetapi kita perlu menyedarkan bahawa perbuatan mereka itu salah. Inilah sikap yang perlu kita ambil.

Saranan ini telah dinyatakan oleh Amir Syarifudin pengerusi Majlis Ulama Indonesia.

Dalam kita menangani permasalahan ini, usah kita mengubah norma-norma kehidupan masyarakat Malaysia.

Dalam kita memperjuangkan hak kesamarataan, usah sehingga ke tahap menghalalkan perkahwinan sesama jenis ini. Usah sehingga nasib negara kita sama menjadi seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat.

Akhirnya institusi kekeluargaan menjadi rosak, seterusnya meruntuhkan sistem masyarakat dan sistem insani itu sendiri.

Di dalam sebuah buku yang bertajuk Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual ada menyebut tentang bagaimana usaha strategi gerakan golongan ini menyuburkan perbuatan terkutuk ini dalam masyarakat Indonesia dan tidak mustahil gerakan ini menular ke Malaysia.

Buku ini adalah kumpulan artikel di dalam Jurnal Justisia Fakulti Syariah Institut Agama Islam Nasional Semarang edisi 25, Tahun 11, 2004.

Strateginya:

1. Menggembleng tenaga kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang mendapat kembali hak-haknya yang telah dirampas oleh negara.

2. Memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada golongan homoseksual adalah sesuatu yang normal dan menurut fitrah semula jadi; sehingga masyarakat tidak memisahkan darinya, malah sebaliknya masyarakat ikut terlibat mendukung setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya,

3. Mengkritik dan menulis semula tafsir dalam agama (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kepada kaum homoseksual,

4. Mencadangkan pindaan Undang-undang Perkahwinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan mestilah di antara lelaki dan wanita." (hal. 15)

Secara peribadinya saya berasa gusar apabila Dr Ng menyebut:

"Kecenderungan seksual seseorang bukan menjadi faktor untuk menerima bantuan daripada kementerian. Kementerian juga melihat mereka sama seperti individu lain.

"Justeru, jika mereka menghadapi sebarang masalah dari aspek kewangan iaitu mempunyai pendapatan kurang RM700 sebulan dan menepati kriteria lain, bantuan akan diberi"

Sekali lagi saya ingin mempersoalkan di sini - adakah golongan ini diiktiraf di Malaysia?

Mengapa mereka seolah-olah layak mendapat bantuan seperti sebuah keluarga miskin? Atas kriteria apa yang digunakan sekiranya ia dibenarkan?

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas'.

"Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: 'Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri".

"Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (Al-A'raf: 80-84).

Homoseksual bukan fitrah tetapi barah dan penyakit. Sesungguhnya manusia tidak mampu membuat penafsiran sendiri terhadap hukum alam.

Manusia tidak dapat lari daripda fitrah rasa bertuhan. Tepuk dada tanyalah hati kecil anda. Adakah anda benar di landasan fitrah.


Firdaus Khairi adalah timbalan presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)...petikan dari malaysiakini,

Saturday, September 6, 2008

SEDIH DALAM SEPI....

KUALA LUMPUR....ibu kota bagi malaysia.....semua benda boleh dapat di kota raya ini...semua benda boleh berlaku kadang2 sampai tidak terfikir di benak fikiran kita.kita sekarang sedang menjalani ibadah puasa.bulan ramadhan adalah bulan yang paling banyak mukjizat nya yang mana kita mempunyai peluang mencari lailatulqadar semua maklum ganjarannya..
pada malam semalam aku keluar dengan motif untuk melihat warga kota menjalani ibadah puasa.aku kuar pada pukul 12 malam.pada mulanya aku dan kawan2 merancang untuk pergi ke subang untuk makan dan minum2 tapi rancangan itu tidak menjadi pasal ada masalah yang tidak didugakan
lorong haji taib dah tunku abdul rahman antara lorong paling popular di kawasan chauket.aku ingin memberitahu kepada semua kawan2 ape yang terdapat di situ semoga kawan2 boleh memberi pandangan untuk menghapuskan kegiatan tidak amat bermoral.
Di lorong2 tersebut terdapat lelaki yang perasaan berubah menjadi perempuan.di lorong2 tersebut mereka berkeliaran mencari pelanggan.aktiviti mereka ini amat di larang oleh agama islam.rata2 mereka aku tengok adalah melayu.melayu adalah digambarkan beragama islam.dimanakah agama mereka????
mereka tidak langsung menghormati bulan yang penuh rahmat yang di berikan oleh Ilahi.mungkin dalam diri mereka sudah tiada bulan ramadhan ataupun langsung tidak tahu ada nya kelendar islam.semua guna kelendar yahudi..
Di sini aku mempunyai satu cadangan bagi menghentikan kegiatan mereka bagi menyelamatkan negara kita di timpa musibah disebabkan kita yang membiarkan mereka menjalankan aktiviti terpesong mereka.
cadangan aku adalah kepada pihak berkuasa agama.tangkap mereka dan penjarakan mereka.semoga bile dipenjara mereka boleh diberi kaunseling untuk merubah mereka kepada lantasan yang betul
kedua adalah kepada BDKL..buat seperti mana di BREAKFIELDS..aku amat setuju.
KEPADA KAWAN2:
kemukaan cadangan anda semoga kita sama2 selamat dari bala....