BANNER

Friday, October 17, 2008

LC-135



Pada tahun 2006 Yamaha sekali lagi membuat kejutan dengan melancarkan model 4 lejang jenis ‘kapcai’ sekaligus memeriahkan lagi dunia permotoran negara.Saya lupa tarikh sebenar pelancarannya tetapi kesannya model ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan seperti mana model terdahulu iaitu Yamaha 125Z dan Yamaha TZM 150.

Saya mengambil ringkasan namanya sahaja dalam penulisan ini iaitu ‘LC’ yang membawa maksud ‘Liquid Cool’.Seperti mana yang kita ketahui model Yamaha LC135 atau ‘LC’ ini dipenuhi dengan teknologi terkini yang membolehkan kita menungang dengan lebih lancar tanpa ada perasaan risau dengan prestasinya.

Baiklah salah satu teknologi perlumbaan yang diserapkan kepada ‘LC’ ini ialah pada bahagian blog silinder motor ini mengandungi komponen campuran bahan ‘DiAsil’.Bahan ini merupakan campuran di antara keluli dengan silikon aluminium aloi kemudiannya ditempa bagi menghasilkan permukaan dinding silinder yang kuat dan cepat mengnyah haba.

Teknologi berikutnya yang canggih pada ‘LC’ ini ia menggunakan 4 injap dimana 2 injap untuk kemasukan dan 2 injap ekzos.Hasilnya nanti ‘LC’ ini dapat menjimatkan minyak dan memiliki pecutan yang tangkas berbanding model seangkatan dengannya.

Kerangka yang digunakan oleh ‘LC’ ini bukanlah kerangka jenis biasa yang digunakan oleh motosikal cub biasa tetapi ia menggunakan kerangka berbentuk berlian.Seperti yang kita maklumi kerangka jenis berlian banyak digunakan oleh motosikal-motosikal besar di mana ia lebih tegap sesuai jika menungang dengan membawa pembonceng.Ia juga memberi imbangan yang baik bagi menampung berat keseluruhan antara motor dan penunggang.Namun bukanlah bererti anda bebas dari mengalami sebarang insiden tetapi bergantung cara dan skil yang ada pada seseorang penunggang.....

Baiklah mari kita lihat sedikit gambaran mengenai bahagian-bahagian yang terdapat pada ‘body’ motosikal ini.


Sepertimana pada kebanyakan motosikal ‘cub’ sekarang ‘LC’ juga mempunyai break ‘disk’ di hadapan tapi sayangnya tidak untuk brek belakang.Brek belakang hanya jenis ‘gelendong’ mungkin untuk mengurangkan harga motosikal ini kepada lebih kompetetif.

Jika anda perhatikan betul-betul lampu belakang ‘LC’ ini mempunyai lensa berwarna ke biru-biruan.Emm…satu ciri yang menarik minat anak=anak muda zaman sekarang.

Oh ya! saya hampir terlupa untuk model ‘LC’ ini telah mengeluarkan versi klac manual .Pelancarannya telah dibuat pada bulan Julai 2007.Nampaknya tak perlulah lagi kaki-kaki modified melakukan pengubahsuaian pada ‘LC’ masing-masing untuk mendapatkan klac manual.Seperti yang anda tah sistem klac manual memberi kesan kepada ‘pickup’ ssebuah motosikal.

Model yang mempunyai klac manual ini diberi nama Yamaha 135 LC EXTREAM SPIRIT.Selain itu sistem gear untuk versi terbaru ini juga berbeza dari versi sebelumnya di mana untuk masuk ke gear satu anda perlu menekan ke bawah manakala untuk memasukkan ke gear dua dan seterusnya anda perlu mencungkil ke atas.Kepada yang biasa menunggang RXZ,125 Z,TZM 150 mungkin tidak kekok dengan perubahan ini.

Sehingga ke hari ini kita dapat lihat ‘LC’ ini bermaharaja lela di jalan raya kerana apa?Ya tidak ada model saingan yang setanding dengannya.Lihatlah abangnya 125Z tidak ada model saingan yang dapat menggugat kedudukannya sebagai ’super cub’ masakini.




Thursday, October 9, 2008

CorEtaN yaNg AgaK tErlewaT...

salam semua kepada kawan2..
kite semua baru jer bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan...
ada yang sedih meninggalkan bulan yang pahalanye berlipat ganda dan ada yang happy kerana dah boleh makan secara bebas di waktu tengahari.....
banyak perkara yang berlaku di bulan ramadhan....
antaranye
1.masjid menjadi meriah kerana ramai yang pergi memenuhi setiap ruang untuk beribadat..itu alhamdulillah lah....
2.pasar2 sementara untuk menjual juadah berbuka tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
3.kedai2 makan ditutup yang mana pemilik orang islam ditutup...lengang..
4.waktu malam..huh kedai2 beroperasi smpai pagi..melantak je kerja manusia nie...
5.banyak terpampang kain rentang kat hotel2 menawarkan pakej berbuka...aku xsempat nk try buka kat hotel...xde org nk sponsor..
itu adalah perkara biase yang kita lihat kan...
cerita ini plak berlaku di ibukota negara islam yang di beri nama KUALA LUMPUR...
perkara ni berlaku gak di bulan kebesaran umat islam...mereka ini telah di tutup mata hati kot atau pun meraka menutup pintu hati mereka ini..
LORONG HAJI TAIB..setiap lorong dari lorong 1 hingga 12...semua ada...begitu ramaikan makhluk ALLAH ni kan yang lupa tanggungjawab kan??
pas2 plak kawasan coket road...lubuk emas bagi orang indonesia cari duit...mana tidak nya..semua indo meniaga..mana rakyat malaysia ini..huh...kawasan ni jugak ada aktiviti mak yah...ya ALLAH..korang g la tengok sendiri..kalah perempaun sejati...kawasan ini dah betul2 teruk tau sebab dah ada bilik2 khas untuk dieorng layan nafsu songsang..sma mcm briekfield dulu tapi kawasan 2 pelacuran tapi dah tutup sekarang(TERIMA KASIH YANG BERANI TUTUP PUSAT PELACURAN 2) kat chauket nie...xtahu lah nak kata..
DISKO...huh makin rancak...siang puasa malam g disko...puasa 2 buat mcm adat..DISKO BUKAN UNTUK ORANG ISLAM....