BANNER

Friday, December 12, 2008

akhirNye

aku dah berjaya ingat paswrd blog aku...nnt aku udpate la ye

Friday, October 17, 2008

LC-135



Pada tahun 2006 Yamaha sekali lagi membuat kejutan dengan melancarkan model 4 lejang jenis ‘kapcai’ sekaligus memeriahkan lagi dunia permotoran negara.Saya lupa tarikh sebenar pelancarannya tetapi kesannya model ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan seperti mana model terdahulu iaitu Yamaha 125Z dan Yamaha TZM 150.

Saya mengambil ringkasan namanya sahaja dalam penulisan ini iaitu ‘LC’ yang membawa maksud ‘Liquid Cool’.Seperti mana yang kita ketahui model Yamaha LC135 atau ‘LC’ ini dipenuhi dengan teknologi terkini yang membolehkan kita menungang dengan lebih lancar tanpa ada perasaan risau dengan prestasinya.

Baiklah salah satu teknologi perlumbaan yang diserapkan kepada ‘LC’ ini ialah pada bahagian blog silinder motor ini mengandungi komponen campuran bahan ‘DiAsil’.Bahan ini merupakan campuran di antara keluli dengan silikon aluminium aloi kemudiannya ditempa bagi menghasilkan permukaan dinding silinder yang kuat dan cepat mengnyah haba.

Teknologi berikutnya yang canggih pada ‘LC’ ini ia menggunakan 4 injap dimana 2 injap untuk kemasukan dan 2 injap ekzos.Hasilnya nanti ‘LC’ ini dapat menjimatkan minyak dan memiliki pecutan yang tangkas berbanding model seangkatan dengannya.

Kerangka yang digunakan oleh ‘LC’ ini bukanlah kerangka jenis biasa yang digunakan oleh motosikal cub biasa tetapi ia menggunakan kerangka berbentuk berlian.Seperti yang kita maklumi kerangka jenis berlian banyak digunakan oleh motosikal-motosikal besar di mana ia lebih tegap sesuai jika menungang dengan membawa pembonceng.Ia juga memberi imbangan yang baik bagi menampung berat keseluruhan antara motor dan penunggang.Namun bukanlah bererti anda bebas dari mengalami sebarang insiden tetapi bergantung cara dan skil yang ada pada seseorang penunggang.....

Baiklah mari kita lihat sedikit gambaran mengenai bahagian-bahagian yang terdapat pada ‘body’ motosikal ini.


Sepertimana pada kebanyakan motosikal ‘cub’ sekarang ‘LC’ juga mempunyai break ‘disk’ di hadapan tapi sayangnya tidak untuk brek belakang.Brek belakang hanya jenis ‘gelendong’ mungkin untuk mengurangkan harga motosikal ini kepada lebih kompetetif.

Jika anda perhatikan betul-betul lampu belakang ‘LC’ ini mempunyai lensa berwarna ke biru-biruan.Emm…satu ciri yang menarik minat anak=anak muda zaman sekarang.

Oh ya! saya hampir terlupa untuk model ‘LC’ ini telah mengeluarkan versi klac manual .Pelancarannya telah dibuat pada bulan Julai 2007.Nampaknya tak perlulah lagi kaki-kaki modified melakukan pengubahsuaian pada ‘LC’ masing-masing untuk mendapatkan klac manual.Seperti yang anda tah sistem klac manual memberi kesan kepada ‘pickup’ ssebuah motosikal.

Model yang mempunyai klac manual ini diberi nama Yamaha 135 LC EXTREAM SPIRIT.Selain itu sistem gear untuk versi terbaru ini juga berbeza dari versi sebelumnya di mana untuk masuk ke gear satu anda perlu menekan ke bawah manakala untuk memasukkan ke gear dua dan seterusnya anda perlu mencungkil ke atas.Kepada yang biasa menunggang RXZ,125 Z,TZM 150 mungkin tidak kekok dengan perubahan ini.

Sehingga ke hari ini kita dapat lihat ‘LC’ ini bermaharaja lela di jalan raya kerana apa?Ya tidak ada model saingan yang setanding dengannya.Lihatlah abangnya 125Z tidak ada model saingan yang dapat menggugat kedudukannya sebagai ’super cub’ masakini.




Thursday, October 9, 2008

CorEtaN yaNg AgaK tErlewaT...

salam semua kepada kawan2..
kite semua baru jer bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan...
ada yang sedih meninggalkan bulan yang pahalanye berlipat ganda dan ada yang happy kerana dah boleh makan secara bebas di waktu tengahari.....
banyak perkara yang berlaku di bulan ramadhan....
antaranye
1.masjid menjadi meriah kerana ramai yang pergi memenuhi setiap ruang untuk beribadat..itu alhamdulillah lah....
2.pasar2 sementara untuk menjual juadah berbuka tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
3.kedai2 makan ditutup yang mana pemilik orang islam ditutup...lengang..
4.waktu malam..huh kedai2 beroperasi smpai pagi..melantak je kerja manusia nie...
5.banyak terpampang kain rentang kat hotel2 menawarkan pakej berbuka...aku xsempat nk try buka kat hotel...xde org nk sponsor..
itu adalah perkara biase yang kita lihat kan...
cerita ini plak berlaku di ibukota negara islam yang di beri nama KUALA LUMPUR...
perkara ni berlaku gak di bulan kebesaran umat islam...mereka ini telah di tutup mata hati kot atau pun meraka menutup pintu hati mereka ini..
LORONG HAJI TAIB..setiap lorong dari lorong 1 hingga 12...semua ada...begitu ramaikan makhluk ALLAH ni kan yang lupa tanggungjawab kan??
pas2 plak kawasan coket road...lubuk emas bagi orang indonesia cari duit...mana tidak nya..semua indo meniaga..mana rakyat malaysia ini..huh...kawasan ni jugak ada aktiviti mak yah...ya ALLAH..korang g la tengok sendiri..kalah perempaun sejati...kawasan ini dah betul2 teruk tau sebab dah ada bilik2 khas untuk dieorng layan nafsu songsang..sma mcm briekfield dulu tapi kawasan 2 pelacuran tapi dah tutup sekarang(TERIMA KASIH YANG BERANI TUTUP PUSAT PELACURAN 2) kat chauket nie...xtahu lah nak kata..
DISKO...huh makin rancak...siang puasa malam g disko...puasa 2 buat mcm adat..DISKO BUKAN UNTUK ORANG ISLAM....

Thursday, September 25, 2008

setting avira

ari ni aku cuba bagi penerangan tentang setting..sebab da banyak sangat post ceritera..aku nak wat lak post technical support..ne yg mampu aku terangkan aku cuba sedaya upaya aku..ok..roll out!!!


step-by-step....


memula skali g ke bahagian configuration (dlm bulatan di dlm gambar di bawah)..


Photobucket



kemudian, setelah sudah masuk ke bahagian setting, g ke klik di bahagian expert mode (dlm bulatan)..pastu klik kat all files di bahagian files (dlm bulatan)..pastu g klik semo tempat kosong di bahagian additional settings (dlm bulatan)


Photobucket


Photobucket



pastu g bahagian action for concerning files dan klik pada automatic (dlm bulatan)..pastu gi primary action pilih delete (dlm bulatan)


Photobucket


Photobucket



di bahagian further action, tu terpulang pada user samada nak enable or disable sound alert..maknanya kalo enable bila avira detect virus akan kuar sound..tapi kalo disable takkan kuar sound..tu je


Photobucket


Photobucket



di bahagian archive tu klik semo setting (dlm bulatan)


Photobucket


Photobucket


sumbangan ini di berikan oleh bob...dak networking kat uniKL

Thursday, September 11, 2008

BERGURAU...menipu

aku bukan alim ulama...dan seorang manusia biasa...
aku coretan ini sebagai peringatan kepada diri aku...
bergurau biarlah bertempat....
bergurau biarlah ada masa..
bergurau biarlah ada batasa nye..
bergurau jangan sampai mengaibkan seseorg..
bergurau jangan sampai hati terluka..
bergurau jangan sampai kita berbohong..
menipu boleh merosakkan diri..
menipu memecah belahkan masyarakat..
menipu antara dosa...
menipu merosakkan kepercyaan kawan2 terhadap kita..

p/s:walaupun sembahyang lima waktu sehari semalam tapi kita menipu rosak juga amalan kita..

Tuesday, September 9, 2008

Malaysia mahu iktiraf homoseks?

Apakah maksudnya menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen berkata bahawa golongan homoseksual boleh menerima bantuan kerajaan sekiranya syarat dipenuhi.

Kenyatan beliau ini jelas mengelirukan dan mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia. Sewajarnya beliau lebih peka dan menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia secara amnya.

Adakah golongan yang tidak diiktiraf ini telah diiktiraf kedudukanya di Malaysia?

Masalah perlakuan hubungan songsang ini adalah satu penyakit yang perlu diubati dan dicegah penularannya di Malaysia.

Malaysia yang mempunyai prinsip rukun negaranya - antaranya, kepercayaan kepada Tuhan dan kesopanan dan kesusilaan.

Malahan perlakuan ini tidak diikitraf oleh Kristian dan Islam. Tahun 1975, Vatikan mengeluarkan keputusan bertajuk The Vatican Declaration on Sexual Ethics.

Isinya, antara lain, menegaskan: "It (Scripture) does attest to the fact that homosexual acts are intrinsically disordered and can in no case be approved of."

Dalam Pidato Paus Benediktus XVI pada malam Tahun Baru 2006, sekali lagi beliau menegaskan perbuatan homoseksual adalah terkutuk.

Dalam hal ini, perlu kita membetulkan sikap kita kepada perilaku Homoseksual ini. Sikap yang patut kita ambil ialah bukannya menjadikan mereka ini musuh. Tetapi kita perlu menyedarkan bahawa perbuatan mereka itu salah. Inilah sikap yang perlu kita ambil.

Saranan ini telah dinyatakan oleh Amir Syarifudin pengerusi Majlis Ulama Indonesia.

Dalam kita menangani permasalahan ini, usah kita mengubah norma-norma kehidupan masyarakat Malaysia.

Dalam kita memperjuangkan hak kesamarataan, usah sehingga ke tahap menghalalkan perkahwinan sesama jenis ini. Usah sehingga nasib negara kita sama menjadi seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat.

Akhirnya institusi kekeluargaan menjadi rosak, seterusnya meruntuhkan sistem masyarakat dan sistem insani itu sendiri.

Di dalam sebuah buku yang bertajuk Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual ada menyebut tentang bagaimana usaha strategi gerakan golongan ini menyuburkan perbuatan terkutuk ini dalam masyarakat Indonesia dan tidak mustahil gerakan ini menular ke Malaysia.

Buku ini adalah kumpulan artikel di dalam Jurnal Justisia Fakulti Syariah Institut Agama Islam Nasional Semarang edisi 25, Tahun 11, 2004.

Strateginya:

1. Menggembleng tenaga kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang mendapat kembali hak-haknya yang telah dirampas oleh negara.

2. Memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada golongan homoseksual adalah sesuatu yang normal dan menurut fitrah semula jadi; sehingga masyarakat tidak memisahkan darinya, malah sebaliknya masyarakat ikut terlibat mendukung setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya,

3. Mengkritik dan menulis semula tafsir dalam agama (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kepada kaum homoseksual,

4. Mencadangkan pindaan Undang-undang Perkahwinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan mestilah di antara lelaki dan wanita." (hal. 15)

Secara peribadinya saya berasa gusar apabila Dr Ng menyebut:

"Kecenderungan seksual seseorang bukan menjadi faktor untuk menerima bantuan daripada kementerian. Kementerian juga melihat mereka sama seperti individu lain.

"Justeru, jika mereka menghadapi sebarang masalah dari aspek kewangan iaitu mempunyai pendapatan kurang RM700 sebulan dan menepati kriteria lain, bantuan akan diberi"

Sekali lagi saya ingin mempersoalkan di sini - adakah golongan ini diiktiraf di Malaysia?

Mengapa mereka seolah-olah layak mendapat bantuan seperti sebuah keluarga miskin? Atas kriteria apa yang digunakan sekiranya ia dibenarkan?

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas'.

"Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: 'Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri".

"Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (Al-A'raf: 80-84).

Homoseksual bukan fitrah tetapi barah dan penyakit. Sesungguhnya manusia tidak mampu membuat penafsiran sendiri terhadap hukum alam.

Manusia tidak dapat lari daripda fitrah rasa bertuhan. Tepuk dada tanyalah hati kecil anda. Adakah anda benar di landasan fitrah.


Firdaus Khairi adalah timbalan presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)...petikan dari malaysiakini,

Saturday, September 6, 2008

SEDIH DALAM SEPI....

KUALA LUMPUR....ibu kota bagi malaysia.....semua benda boleh dapat di kota raya ini...semua benda boleh berlaku kadang2 sampai tidak terfikir di benak fikiran kita.kita sekarang sedang menjalani ibadah puasa.bulan ramadhan adalah bulan yang paling banyak mukjizat nya yang mana kita mempunyai peluang mencari lailatulqadar semua maklum ganjarannya..
pada malam semalam aku keluar dengan motif untuk melihat warga kota menjalani ibadah puasa.aku kuar pada pukul 12 malam.pada mulanya aku dan kawan2 merancang untuk pergi ke subang untuk makan dan minum2 tapi rancangan itu tidak menjadi pasal ada masalah yang tidak didugakan
lorong haji taib dah tunku abdul rahman antara lorong paling popular di kawasan chauket.aku ingin memberitahu kepada semua kawan2 ape yang terdapat di situ semoga kawan2 boleh memberi pandangan untuk menghapuskan kegiatan tidak amat bermoral.
Di lorong2 tersebut terdapat lelaki yang perasaan berubah menjadi perempuan.di lorong2 tersebut mereka berkeliaran mencari pelanggan.aktiviti mereka ini amat di larang oleh agama islam.rata2 mereka aku tengok adalah melayu.melayu adalah digambarkan beragama islam.dimanakah agama mereka????
mereka tidak langsung menghormati bulan yang penuh rahmat yang di berikan oleh Ilahi.mungkin dalam diri mereka sudah tiada bulan ramadhan ataupun langsung tidak tahu ada nya kelendar islam.semua guna kelendar yahudi..
Di sini aku mempunyai satu cadangan bagi menghentikan kegiatan mereka bagi menyelamatkan negara kita di timpa musibah disebabkan kita yang membiarkan mereka menjalankan aktiviti terpesong mereka.
cadangan aku adalah kepada pihak berkuasa agama.tangkap mereka dan penjarakan mereka.semoga bile dipenjara mereka boleh diberi kaunseling untuk merubah mereka kepada lantasan yang betul
kedua adalah kepada BDKL..buat seperti mana di BREAKFIELDS..aku amat setuju.
KEPADA KAWAN2:
kemukaan cadangan anda semoga kita sama2 selamat dari bala....

Sunday, August 31, 2008

mErDeKa...meRdEkA..merDEkA







bunga api yang di pasang di dataran merdeka sempena menyambut 31.8.2008 yang mana di panggil kemerdekaan....merdeka kah kite??huhuhu..jwb lah sendiri kawan...


pada petang sebelum merdeka kat bukit bintang...aku pun xtahu ape motif autoshow nie........apa pendapat aku xde faedah langsung...buat kete macm ni bukan boleh guna kat atas jalan raya pun....malaysia mana iktiraf kreativiti rakyat nye.....ingat la..jpj akan sita wat keta mcm nie..jangan buat ye kawan2..




antara yang dapat dirakam gelagat manusia sempena menunggu ketibaan jam 12 mlm bagi menyambut 31 ogos yang dikatakan hari kemerdekaan.....negara kita mmg merdeka tapi diri kite belum lagi merdeka....mana tidak nye...anda tengok lah sendiri gelagat...semua meniru dari barat...kite sebagai umat islam...tidak patut berpakaian yang mendedahkan aurat...hari itu aku tgok ada lagi yang berpakaian PUNK....ish teruk tul la...aku xsempat nak amik gambar...lagipun takut...geng die ramai....


gambar ini aku ambil kawasan KLCC....cuba anda perhatikan betul rakyat negara mana???aku sendiri pun confiusing....sekarang negara malaysia or indonesia...kemerdekaan malaysia ataupun rakyat indonesia yang hidup merdeka di negara malaysia...mereka ini keluar beramai2 apakah motif mereka...aku pun kurang pasti untuk ape...aku pernah menyambut merdeka di KLCC yang penuh warganegara indonesia ini...mereka buat negara malaysia macam negara mereka...saku hampir kena seluk...nasib baik aku lebih cepat bertindak...mereka bukan datang untuk bersama2 meraikan kemerdekaan malaysia yang membolehkan mereka mencari rezeki di malaysia....CADANGAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA HENTIKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI KLCC....


antara manusia yang sedang menunggu jam 12 mlm untuk melihat bunga api bukan untuk melaungkan merdeka dan menyanyikan lagu negaraku....semua orang kat sini cakap2 pasal bunga api...ada tak bunyi...bukan kata bincang dan pakat ramai nyanyikan lagu kebangsaan kita...dan juga melaungkan merdeka...merdeka...merdeka...huh...sedih nye aku....



bunga api yang tggu2 akhir tibe jua......semua orng yang berada bersorok mcmana dapt sesuatu yang membawa kebhgian mereka...entah kenapa mereka begitu teruja tgok bunga api...sampai semua terpekik2...bagi aku semua ini tidak diprlukan untuk menunjukkan negara kita merdeka...semua ini membazirkan duit rakyat...ramai lagi rakyat perlukan pertolongan kerajaan bagi menjalani kehidupan di bumi malaysia yang merdeka ini....salurkanlah sumber kewangan yang ada bagi membantu rakyat yang memerlukan...jangan ada karenah birokrasi ataupun pentingkan kroni....ingat la kerana rakyat anda semua boleh jadi pemimpin..tanpa sokongan dari bawah anda pasti akan jd lemah dan tumbang dan hidup sebagai rakyat kebanyak yang begitu susah....KERAJAAN CEPAT2 LAH SEDAR DARI MAMAI...



rakaman ini dibuat selepas sambutan kemerdekaan dibuat lokasi nye bukit bintang...
aku xnak komen...kawan2 tolong komen...merdeka kah rakyat malaysia mcm nie..

Thursday, August 28, 2008

KEKUASAAN ILAHI...



kuasaNya mengatasi segalanya...sedar lah wahai kawan2 semua..semua perkara boleh berlaku tanpa diduga....ambillah pedoman dari perkara yang berlaku disekeliling...
banjir ditengah2 bandar beb....banjir sekarang bukan sekadar tepi pantai or sungai jer...silap2 hari bulan atas bukit pun akan banjir...MAHA KUASA kite kena ingat...


kesian budak ni....kereta die masuk air....xboleh claim beb...repair sendiri lah kereta....duit oh duit dimana nak dapat duit...


Saturday, August 23, 2008

perfme mandirin


ahli group aku.....
Terima kasih kepada semua kawan seperjuangan yang memberikan kerjasama dan komitmen yang begitu walaupun masing2 sibuk...teamwork is important...
walaupun mempunyai masalah kami dalam tempis dengan mudah bagi menjayakan language day pada sabtu lepas iaitu 23hb 8 2008 at bestari hall...






persembahan yang berjaya kami persembahan kepada rakan2 dan lecture bagi subjek mandirin 2....video ini dirakam oleh kawan2 yang prihatin untuk dijadikan memories...terima kasih kawan


group aku menang tempat kedua..huhuhu..walaupun ada masalah tersendiri dalam group boleh menang lagi beb...tahniah kawan2..bergambar bersama lau shi......







Sunday, August 10, 2008

TeMBaK mEneMbAk

bersama dak uitm

ceritanye bermula di kampus lagi....kampus aku uniKL...pada ari jumaat ada la club day kat lobi...petang 2 aku ada class statistik...lepas clss aku pun terus turun ke lobi..pasal nak lepak ngan geng aku yang jd presiden club iaitu imran bagi club modern visual...pas2 huzaifah club linux...aku join club nie pasal nak blaja linux lebih lanjut lagi..aku pun pemerhati sekekeling kwsan lobi 2..aku tertarik satu benda...
paintball la..sepuluh je lak 2 pikir aku bersendirian...ish kena cube ni..tanpa berfikir panjang aku terus beli kopun 2 n aku pun calling member2 aku untuk join....pas2 ada la yang dapat join...
.........pada hari ini iaitu ahad...seperti yang dijanjikan...mula2 aku sedih la pasal ada member masej xnak g...xpela...pas2 ada plak xnak g..ish mana boleh nie..aku pun ckap la xcukup..pakse gak die...die pun g la......
pagi 2 aku g hostel dak2 ni....alamak tidur lagi...ape nie...aku pun kejutkan mereka pas2 aku balik rumah aku balik pasal nak amik seluar n kasut...pas2 aku pun g balik ke hostel...alamak tdur lagi...adoi ape nie melayu...tak praktikal langsung la..
aku pun kejut la sorang2...pas2 terpakse la tgu...ada yang baru nak sembahyang subuh..aduh dah kul 9 nie..ish2.....
bile nak bertolak 2 hujan la plak..alamak....
kiteorng pun tgu hujan benti....aku terlelap jap
dieorang pun kejutkan aku...
kiteorang pun gerak la...semua naik motor....tukar penggkutan...gat nak g ngan keta....
aku n the geng terlajak kedepan..pas2 member aku telefon kat brader org kat paintball...die pun ckap la tempat yang sebnrnye..akhir nye kiteorang jumpa...
lepak la c2....wow best la nampak dieorng main......xsabar la plak....xcukup geng nak main...tggu jap..
pas2 datang la awek2..entah dari mana xtahu....aku tgok die pun bagi kupon sama kiteorang..
pas2 ada la briefing jap kerana kitorg first time bermain...pas2 berkenalan la ngan awek2 tadi...rupanye dieorg dr uitm...

kiteorg pun join la geng dieorang..main sama2..best siot main....
lepas main kiteorng g minum dekat kerinci...di situ la borak2 n berkenalan...
pas2 dpat email......
balik add fs....
dah la malas aku nak tulis lagi...ngantuk...bye


Wednesday, August 6, 2008

REMAJA remaja REMAJA

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: "Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam.

Saturday, August 2, 2008

KecAnGgiHaN TeKnOLoGi

dunia dah maju......ayat dalam iklan surat berita harian dalam tv........................................
menarik gak ayat 2 untuk diperkatakan......di bandingkan dengan persekitaran la kan...aku ada cerita tau untuk tatapan kawan2 dan aku semoga dapat kesedaran...

cerita nye pasal telofon yang canggih manggih sekarang....sentiasa ada pertambahan dalam perkembagan telefon drpd infared kepada bluetooth..kamera drpd VGA kepada megapixsel..hebat kan ciptaan manusia zaman sekarang....

tapi sayang sekali penyalahgunaan nya dan digunakan ditempat tidak sesuai begitu meluas......aku pun lepak sorang2 dan berfikir ttg perkara ini macamana la nak atasi sekurang2 tidak berlaku kepada ahli keluarga aku.

baru2 nie aku g la sembahyang jumaat di masjid kg baru...mesti semua orng tahu kan masjid 2 terletak dimana kan..dah nama masjid kg kan....mesti la ada anak2 kecil remaja yang pergi ke masjid atas niat ape xtahu la...lau atas niat nak sembahyang jumaat mesti xberlaku perkara ini.

ada 2 org remaja nie..dalam lingkungan belasan tahun...yang pasti sekolah menengah..aku boleh berkata begitu berdasar seluar yang di pakai berwarna hijau yang mana uniform sekolah di malaysia yang formal...

korang nak tahu die buat ape????die dgr mp3 di telefon...ish2 sah2 die xdgr khutbah jumaat..xtahu la aku pasal solat die sebab 2 semua atas kehendak ilahi...tapi kawan2 semua jgn la buat mcm 2 lau ada adik berpesan la kepada mereka....khutbah antara rukun solat jumaat..jangan perlekeh2 kan khutbah.

pas2 pulak pasal bluetooth......wow menarik nye...mudah senang share file...tanpa wajar beb...sekejap je dah siap...ish2 saper la bgnkan sistem nie..hebat2...tapi ramai salah gunakan...mana tak senang je nk share file....rmai org share file xberfaedah spt vdeo seks...salah gune 2..ingat la kawan2 semua nye..nanti kena jawab semua 2 kat ari kiamat nanti...sedar la..

kamera lak.....
suka2 hati jer tangkap gambr..pas2 tunjuk kat member2 keburukan orng...dah la kwan2 jgn buat lagi la....dosa 2 sebar keburukan org lain...kita ptt nasihat die...suh ubah pemakaian bukan amik gambar gune hp canggh kite ada...insaf la ye...ada mase lagi nie untuk kite semua berubah ke landasan agama islam yang betul...

ape lagi ada hp sekarang ek...

cukup la dulu aku pun xtahu lagi function kat hp...aku pkai tel biase jer..pasal nak ngelak semua nie la....ada hp cukup untuk telefon and msg bagi aku la..

Friday, August 1, 2008

SoLaT jUmaaT

ari ini aku nak menulis pasal solat jumaat yang mana wajib kepada semua lelaki yang sudah akil baligh...sebenarnye aku nak tulis pasal ni minggu lepas tapi xmampu untuk mencoretkan dalam blog bagi tatapan kawan..

minggu lalu aku solat jumaat kat sentul..masjid kat 2 kat umah aku jer...tapi aku g ngan motor gak pasal nak cepat kerana aku ada kls kul 230....kels statistik 2..aku xnak cite la pasal masjid...
straight to the point la kan....aku g agak awal la pasal mmg niat aku nk perhati kan gelagat manusia...

sampai je aku duduk kat luar..dekat pin2 jer...mudah nak kuar nnt..hehehe

aku pun pasang mata melilau tgok sekeliling..akhir nye..aku tgok la..2 orang nie..dahh tua pun 2 orang nie..xkan xtahu kot peraturan sembahyang jumaat...diam xblh berckap..dgr tok imam baca khutbah la..adoi dah tua nie...klu budak ok la lagi...ish2 sia2 je jumaat...

cadangan aku la...tok bilal sepatut nye bagitau dulu sebelum jumaat supaya jgn bercakap ketika imam baca khutbah..baru la ingat selalu peraturan yang paling besar 2..huuhuhu

minggu nie kampung baru lak...masjid kg baru dekat kampus aku..aku g awal kampus arinie kerana ada quiz statistik..so aku xmasuk lewat la kelas bagi jwb quiz pasal dekat masjid 2 ngan kampus...jalan kaki je g masjid..jimat kos...

ceritanye bermula bile aku masuk ke dalam msjid...

aku pilih tuk duduk tngkat 2...kire atas la...aku pun naik tangga...aku pun mencari tempat duduk pas2 ada satu tempat kosong yang sesuai untuk duduk dah la bawah kipas..best nye.......

aku pun dudk la...aku terasa kelainan mgu 2..ish ape diam nie...xde pnguman ke ape2 ke???biase ada je..ish mustahil aku dtg lewat sgt...azan pun xde lagi...ape nie..pelik bin ajaib sguh...

tibe2 baru terdgr imam baca khutbah..la dah separuh khutbah di baca...speaker rosak rupenye...poor mgmnt sunggh la...mcmana boleh speaker xjadi ari 2..aku rasa ari pernah ada tajuk khutbah poor mgmnt yang dibaca oleh imam..ish xamik tindakan rupenye...sia2 je la jd nye xde tindakan yang di ambil...

sebelum aku terlupe la....

kat cni aku nak tye la kwn2..ape paling penting dalam solat jumaat???
dgr khutbah kan....

tapi aku tgok la kan...kebanyaklah semua msjid berlaku...aku pun xle arif sgt pasl agama nie..tapi aku byk la jugak dgr ceramah agama masa kat kg dulu...

ramai yang datang lewat...dah la khutbah separuh dah...pas2 boleh plak die sembyang sunat..dgr khutbah penting ma....aku gat lagi kata ustaz kat kg aku dulu...lau datang imam dah baca khutbah 2 xpayah la nk tunjuk alim...duduk diam2 dgr khutbah...

ape mksud imam 2 kawan2 boleh bagi...bagi aku jgn solat sunat lagi...suruh dgr khutbah..

Tuesday, July 29, 2008

akU BeRadA Di AraB

salam di ucapkan kepada semua...baru2 pada 27.7.2008 jam 11 malam tibe2 aku keboringan aku pun xtahu macamana boleh di landa masalah itu padahal aku seorang student...banyak benda aku boleh buat tapi apa kan daya...aku jenis suka meronda2..

dalam sehari mesti jugak keluar meronda2..pada malam itu...aku ngan selamba keluar seorang diri untuk pusing2 kl..aku xajak member pasal aku xtahu arah tujuan untuk kemana....aku pun pusing2 lah kat tasik titiwangsa..wah ramai gak orang tapi semua datang couple2 so aku xjadi lepak situ pasal aku sendirian segan la plak..

mesti org kata aku tengah frust pasal aku datng bersendirian..xnak aku orang tuduh aku mcm 2..xpasal2 mereka dapat dosa free ngupat aku..huhuuhuh..aku pun pusing lagi pas2 aku terpikir nk g bukit bintang untuk tgok live band kat celah2 bangunan kat c2..syok gak la tgok dieorrg main drum...

sesampai je aku kat bukit bintang..fuh di bukit bintang or negara arab...ke aku tengah mimpi nie...aku cubit pipi..aduh sakit la wei...xmimpi realiti...dah bertukar jd negara arab...betapa ramai nye arab kawasan itu....siap ada konsert lagi tau pada malam...dekat maybank...dianjurkan oleh celcom n lain2....hohoho....aku pun buat keputusan untuk tengok gelagat pak arab mak arab anak arab n sekutu nye..

aku pun parking la motor...mula2 aku tengok org arab tengah mengelilingi sesuatu...ish ape benda la dieorang tngok 2...aku pun masuk la dekat...rupanye rakyat malaysia yg bijak mengambil kesempatan...pak cik 2 tunjuk mnyet die pelihara..jinak gile dah la dgr arahan pembela die...pakcik nie bijak bile nk amik gambar rm5 dan rm10 video tapi malang nye xde la plak org yang amik gmbr aku tgok...hanya sekadar tgok2 je...

aku plak malam 2 xbawa kamera..ish rugi betul la..lau tak boleh tunjuk dalam nie..betapa menarik nye....aku pun boring dah tgok kat c2..aku pun jalan cari tempat lepak...aku usar tempat yang ada jual steambot..boleh aku makan steambot tapi hampa...steambot xde malam 2...aku pun tgok la ada la tempat kosong dalam kawanan pak arab..aku xkisah la lepak c2 pasal aku hanya niat nk lepak sambil tengok gelagat dieorang..ape nak takut ni malaysia...negara aku...aku pun mula psang mata yang telah di anugerah oleh Allah subhanawataala...

mula mata aku yang liar mencari sasaran...sebagai lelaki normal mesti nak tengok perempuan kan...mata aku meliar mencari mangsa....usar punye usar xjumpa tapi nasib aku baik dapat tgok gak minah arab yang cun..rezeki aku tuk dekat bile die datang selamba dok sebelah aku...fuh cun...aku pun ape lagi perhatikan la..

nak di ceritakan minah arab nie lah....secara pandangan kasar nye ok la dari kaca mata islam sebab semua aurat tertutup..tapi aku pelik nye berkuku panjang...boleh ke dalam islam berkuku panjang...ish2 kena cari dalam hadis nie...pikir aku bersendirian...

pas2 aku beralih kepada lain la plak...nanti die perasaan aku usar die...huhuhu..pas2 pun terarah kepada konsert..aku xpaham bahasa arab...so aku kerja aku perhatikan je la...konsert 2 diadakan di tepi jalan kat simpang empat bukit bintang ala jalan sultan ismail so jalan 2 jadi sesak..mcmana la konsert 2 boleh lulus buat kat c2...dah la xde polis kawal lalu lintas...ish bahaya betul...mana pergi undang2 malaysia nie...mana pergi..ush malas aku nk pikir...

pas2 dah konsert kan ada la yang joget n menari aku pun reti jenis ape dieorng joget...tengah jalan 2 beb...xhirau kan keselamatan langsung...ish2 teruk gak arab nie..kata islam...islam ke mcm 2...boleh ke mcm 2...ish2 kena cari hadis lagi...silap2 aku jadi ustaz ni..asyik baca hadis nie..

pas2 aku pun g round lagi....pas2 aku tgok dari jauh..eh ada org meniaga la..mesti rakyat malaysia nie...gembira aku kerana rakyat malaysia pandai ambil kesempatan untuk mencari duit dengan meniaga...nak g tengok la mereka meniaga ape bisik hati aku...wow jual jam...cantik lak 2..

aku pun cube la hayati perbualan mereka..ish pasal bunyi macam indon je nie...luluh hati aku...mana rakyat malaysia nie...orang lain amik peluang nie...adus...tibe2 je aku jadi malas nk jalan lagi...rakyat malaysia dimana????..kerajaan tolong lah hapuskan PATI nie...supaya rakyat malaysia dapat mengambil semula peluang mereka yang telah di nodai oleh warga asing...

Sunday, July 27, 2008

maNuSia

sekarang tahun 2008 dan 12 tahun lagi sampai lah tahun 2020 yang di war war kan oleh pemimpin kite untuk menjadi sebuah negara yang maju...maju dari segi ape aku pun xpasti....sama ada dari segi pembangunan ataupun intelektual rakyat malaysia..tapi yang pasti nye moral dan agama orang melayu semakin teruk...mana tidak nye..lelaki jadi perempuan dan perempuan jadi lelaki...sedih aku tengok..macamana la pemikiran dieorang boleh jadi macam 2 dan ape naluri die..aku berfikiran sendirian...dalam akhbar ari nie pun ada berita tentang pondan yang mana berlaku di kelantan yang digelar serambi megah dan di iktiraf sebagai bandaraya islam...aku pun pening macamana boleh berani dieorang buat pertunjukan fesyen kat negeri kelantan tapi boleh di puji gak la majlis agama kelantan sedar perkara itu dan membuat serbuan tapi tindakan terhadap pondan aku xtahu...yang pasti nye jangan la lepas sebegitu sahaja kerana ia boleh meruntuhkan agama..aku berkata begitu kerana antara yang di tangkap adalah seorang pendidik...yang mana tanggungjawab die adalah mendidik anak murid nye kearah kebaikan...tapi cikgu sendiri tidak ada moral nye..mcamana nak jadi pendidik nie..cikgu adalah pekerjaan mulia tapi sekarang aku tengok cikgu hanya kerja untuk mendapat duit tuk menyara diri dan keluarga dan mencari kekayaan....sekiranye cikgu membaca cetusan ini..silalah berfikiran sejenak..adakah aku menjadi cikgu ini untuk memdidik anak bangsa dengan ikhlas ataupun kerana aku inginkan kerja untuk dapat duit..itulah adalah untuk cikgu...cerita yang mengubah jantina plak lelaki kepada perempuan...untuk menulis ni aku terpaksa tgok citer sutun yang pernah di siarkan oleh tv1..yang aku tgok adalah sutun2..yang satu aku tidak tgok...geli jugak la aku tgok citer 2 pasal boleh die suka kat laki padahal ada jer perempuan di samping die..persoalan die macamana naluri die...aku konfius mcmana boleh berlaku..berbalik kepada cerita yang aku tgok...perkara yang paling betul adalah yang dibuat oleh ayah die...ayah memainkan peranan penting dalam mendidik anak..ayah die mendidik secara lelaki walaupun anak die xsuka cara ayah die yang mana selalu marah kerana cara berjalan...mengajar silat walaupun mak die xsuka..ajak pergi ke kebuan adalah sesuatu yang perlu dibuat terhadap anak yang lembut sebegini supaya mereka sedar..mereka bukan perempuan..ttpi dalam cerita mak nye adalah penghalang ayah die..mak nye terlalu mak manjakan dan mengikut kehendak anaknye...boleh plak setuju anak die beli pakaian warna pink..ish2 xsesuai langsuang dgn lelaki...itu dari cerita...ini plak cerita dari kedai makan...kdai 2 kat kat kampung baru..nama kedai 2 sekumvit...tomyam kat c2 boleh tahan la sedap nye..malam 2 aku dengan daus g la makan kat c2..oleh kerana lama kat c2 kat tgok bnyak gak la perubahan kat kedai 2..penambahan pekerja salah satu nye aku lihat...paling menarik adalah pekerja baru...mula2 aku masuk tu aku rasa wow..ada perempuan baru....penarik kdai ini ini...ulamak cun la pasal tgok sekali imbas and dalam gelap kan...maklum la kedai tu agak romantik..datang la pelayan amik order...kami order la yang patut...sementara menanti order aku ngan daus borak2 la....semua hal kiteorang borak...kemudian datang la order kami....saper yang hantar...fuh sedih hati aku tgok bile ada biji halkum...lelaki jadi perempuan rupe yang aku tgok mula2 masuk tadi...mengapa la mengubah ciptaan tuhan nie...hampir hilanh selara aku makan pasal die yang hantar...malam itu jugak lah tercatat sejarah aku xhabis makan nasi dan daus tolong habiskan biase daus yang xhbs lau bab makan nie...huhu......lelaki jd perempuan sekarang pun dah kerja kat kdai makan lau dulu kebnyakan mereka ni kerja mak andam atau pun kerja kat pasaraya bhgn perfume and alat mekup...aku xtahu la ape nak jadi....minta2 mereka akan sedar sebelum di panggil oleh yang maha esa...

Friday, July 25, 2008

aku nak testing

dapat tak post..pasal aku dah buat tapi xjd,,so aku buat lagi nie...